6 Bisikan Iblis

Bahadır Gürler


ENAM BISIKAN IBLIS

Oleh Bediuzzaman Said Nursi

An-Nursi Menceritakan:

"Di ketika British berjaya memusnahkan meriam mujahidin di Bosporus dan berjaya menakluk Istanbul, enam soalan telah diajukan kepada Maşihat-ı Islamiyah oleh Penguasa Gereja Anglican yang merupakan jabatan agama terbesar di negeri itu. Pada masa itu, saya adalah seorang ahli Dârü'l-Hikmati'l-Islamiyah. Saya diarahkan: 'Berikan mereka jawapan. Mereka mahu enam ratus perkataan sebagai jawapan untuk soalan-soalan mereka itu. Saya berkata: 'Bukan enam ratus perkataan, bukan enam perkataan, bahkan bukan satu perkataan, tetapi saya akan menjawab dengan meludah ke muka mereka. Kerana Negara itu, seperti yang andalihat, pada masa ini sedang melangkah untuk memenggal leher kita, maka kita amat perlu untuk meludah di muka mereka, sebagai jawapan terhadap soalan angkuh paderi mereka kepada kita. Saya katakan lagi : “Meludahlah ke muka si zalim yang tiada berhati perut itu”.

 

Catatan: Risalah “enam langkah” ini yang dimaksudkan enam racun pemikiran yang ditabur oleh British kepada rakyat Turki agar menerima penjajahan dan tidak menentang mereka. Risalah ini tersebar sekitar tahun 1920 ketika Inggeris memperkukuhkan kedudukannya di Istanbul. Risalah ini ditulis dalam Bahasa turki dan Arab. Fitnah dan bisikan beracun Barat ini dapat dibungkamkan menerusi risalah ini. – Penerbit.

6 Bisikan Syaitan

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

 (Aku berlindung dengan Allah s.w.t dari kejahatan Syaitan yang direjam)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

(Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan) – An-Nur:21

Katahuilah: Bahawa di setiap zaman terdapat syaitan dikalangan manusia, atau syaitan yang menyerupai manusia atau jamaah. Makhluk pembelot  seumpama Azazil tetap akan ada di zaman ini, yang akan menaburkan fitnah di serata dunia. Kini, dengan senjata politik, Dunia Islam cuba dilumpuhkan dengan menggunakan pelan “6 langkah” yang ia sebenarnya adalah “6 Panah Beracun’ atau ‘6 bisikan Iblis”. Mereka mencari sumber kelemahan individu dan jemaah Islam… lalu memperalatkannya. Mereka menawarkan kalungan pingat dari logam berbahaya demi menyebarkan keraguan yang pada zahirnya meyakinkan. Empunya hati dan jiwa yang lemah akan terpesona dengan bisikan ini lalu mereka di hanyutkan dengan keazaman untuk membalas dendam, ingin mendapat kemegahan dan sanjungan. Mereka menyuburkan juga kerakusan nafsu untuk memperoleh kesenangan duniawi, lalu mereka memperalatkan pula kegilaan segelintir kita dan terkadang jiwa ilhad yang ada di kalangan kita untuk tujuan itu. Lagi pelik, mereka berjaya menggunakan sikap taksub sebagai jalan untuk mengelirukan perjuangan ini.

Berikut adalah pelan 6 langkah yang layak digelar sebagai ‘6 Bisikan Iblis, ia disampaikan sama ada secara langsung atau perantara:

Bisikan Pertama:

‘Kalian telah percaya bahawa: ‘Taqdir sentiasa adil dan sekali-kali tidak menzalimi sesiapa’…dengan kaedah ini bermakna kalian telah pun akur dengan ketentuan musibah yang menimpa kalian,..maka redhalah dengan tindakan kami ini (menjajah Turki) kerana kami hanyalah wasilah kepada taqdir yang menimpa kalian”.

Jawapan Kami:

Taqdir Ilahi menentukan sesuatu musibah berdasarkan maksiat yang kami lakukan, maka redha dengan musibah tersebut adalah tanda taubat kami terhadap sebab musibah itu diturunkan..iaitu dosa. Maka kami pun bertaubat dari dosa-dosa kami. Akan tetapi kamu semua menzalimi kerana orang Islam! Kamu semua mencengkam kami kerana kami adalah keIslaman kami!...maka redha dengan apa yang lakukan atau menerima saja dengan segala kepatuhan dan ketaatan terhadap suruh arah kamu adalah tanda kami berpaling dari Islam dan menyesal terhadap keIslaman kami (wal iya zubillah)!.

Memang genar! Setiap sesuatu itu ada dua wajah; sama ada musibah yang ditentukan oleh keadilan Taqdir Allah disebabkan oleh sebab batin iaitu dosa dan kejahatan, lantas peringatan diberikan agar menjauhi keduanya. Redha terhadap musibah seumpama ini mengandungi penyesalan..Yang kedua; apabila musibah itu datang dari orang yang zalim, sebab musibah itu bukan lagi kerana dosa yang dilakukan sebaliknya semata-mata kerana Islamnya kami!, maka redha dengan musibah ini adalah jenayah yang amat berat.

Bisikan Kedua:

‘Kalian pernah bersetuju dengan penjajah  yang seumpama kami sebelum ini, maka marilah bersama sebaris dengan kami pula’.

Jawapan kami:

Ketahuilah: “Perdamaian adalah suatu yang diterima dan permusuhan pula perlu ditolak”. Kerana, setiap sifat orang kafir itu bukanlah semuanya datang dari kekufurannya. Tiada kesangsian bahawa bantuan dari orang untuk kepentingan Islam diterima dengan dada terbuka demi menentang musuh Islam yang melampau, penerimaan ini sendiri adalah suatu khidmat kepada Islam.

Tetapi lain halnya dengan apa yang kamu lakukan!, kamu menghulurkan tangan kepada kami untuk suatu permusuhan yang tidak akan berakhir..kemudian kamu minta kami menerimanya dengan penuh kesungguhan. Sedangkan kami amat mengetahui bahawa bersekongkokol dengan tawaran ini apatah lagi menerimanya..adalah satu jenayah terhadap Islam.

Bisikan Ketiga:

‘Pemerintah kalian di kalangan orang Islam sekarang ini telah merosakkan banyak sistem pentadbiran Negara kalian. Sampai masanya kalian menerima kami untuk memulihkan keadaan’.

Jawapan kami:

Kita ingin menjelaskan di sini, wahai sekelian penjajah…segala kerosakan dan kekusutan yang menimpa kepala kami sebab utamanya ialah kamu sendiri!, kerana kamulah sebenarnya yang menyempitkan kehidupan mereka ini…kamu mencantas segala peluang kehidupan mereka dan kamu utus anak-anak luar nikah hidup dan mentadbir mereka. Kamu paksa mereka meninggalkan agama penuh kemuliaan demi dunia yang rendah nilainya, kamu kahwinkan mereka dengan kemajuan dan pembangunan yang maharnya ialah agama mereka sendiri. Kamu lantas menjadi pemerintah mereka dan menjadikan agama sebagai rasuah untuk mereka. Meskipun begitu…jika kami menerima kamu semua sebagai pemimpin menggantikan mereka…ia adalah seumpama seorang yang mencuci bajunya yang terkena air najis menggunakan kencing babi!. Kamu semua hanya akan mewariskan kepada kami kehidupan seumpama kehidupan haiwan yang rendah martabatnya, lalu kamu membunuh kemanusian dan keIslaman yang ada dalam jiwa kami. Namun apa yang kami inginkan ialah terus hidup dalam nilai kemanusiaan dan keIslaman yang tinggi.

Bisikan Keempat:

‘Mereka yang memusuhi kami daripada kalangan kalian sebenarnya berniat jahat, matlamat mereka amat bertentangan dengan kehendak Syariah Islam yang kalian anuti’.

Jawapan kami:

Kami ingin menjelaskan di sini; pada kami mereka itu hanyalah satu wadah, sedangkan kesan niat kepada wadah adalah amat sedikit, ia tak akan dapat merobah matlamat kerana matlamat adalah ditentukan oleh wadah tanpa melihat kepada niat. Contohnya; Saya menggali tanah untuk mendapatkan air atau benda lain, lalu datang orang lain menggali bersama saya tetapi tujuannya adalah untuk dijadikan kubu perlindungan atau menyembunyikan hartanya yang berharga. Lalu selepas itu terbitlah air…niat orang itu tadi tidak dapat menghentikan air yang keluar kerana air yang keluar adalah berkait dengan kerja gali atau perbuatan menggerudi itu bukan berkait dengan niat si penggali.

Lihatlah, bahawasanya matlamat mereka yang menentang kamu ialah memalingkan wajah orang Islam kea rah Ka’abh bukan kea rah Barat! Di samping memelihara kedudukan al-Quran, mereka menyeru ke arah pengagungan ‘kalimatullah’ dengan ketinggian Islam yang ada pada mereka. Penentangan terhadap Eropah pada mereka adalah seumpama sebuah kecintaan kerana Eropahlah yang menyebabkan kerosakan dan masyarakat dan akhlak kami. Di sini jelas bahawa niat mereka tidak akan merobah matlamat yang ada.

Bisikan Kelima:

‘Pemimpin kalian cenderung untuk berbaik-baik, maka arahan pemimpin wajib kalian taati’.

Jawapan kami:

Kami ingin menyatakan; kecenderungan, pemikiran dan kepentingan peribadi adalah berbeza dengan amanah dalam memperjuangkan agar kepimpinan dunia diletakkan di atas pundak umat ini. Perkara ini datang dari pemikiran dan akal yang sihat yang disandarkan kepada kekuatan demi kepentingan dunia Islam. Nadinya ialah ‘syura’ dalam umat ini, kekuatannya ialah pasukan bersenjata dan rakyat mereka yang merdeka. Kepentingan yang dimaksudkan tadi perlu dilihat dari khalayak dunia Islam sehingga ke pusat dunia Islam (besar ke kecil), jika berlaku pertentangan maka kepentingan yang paling hampir hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan yang lebih besar. Contohnya; mesti meletakkan kepimpinan di Istanbul selepas itu di Anatolia kemudian Turki dan kemudian dunia Islam. Pilihan ini tidak perlu ditaati.

Bisikan Keenam:

‘Penentangan yang kalian perjuangkan tidak sama sekali memberi faedah kepada kalian, ia hanya menjerumuskan kalian ke lembah derita. Mana mungkin kalian mampu menghadapi cabaran ini berseorangan sedangkan ketika kalian mendapat sokongan banyak pihak pun kalian tetap tewas’.

Jawapan kami:

Kuasa yang menentang kami sekarang ini ialah kuasa yang bergantung kepada kekuatan fitnah, helah dan tipu daya…Namun kami tetap tidak jemu untuk meneruskan perjuangan kerana sebab-sebab berikut:

Pertama:Tipu daya dan fitnah hanya boleh memeberi eksan jika diletakkan di kawasan tersembunyi dan tiada kesedaran. Jika ia zahir pada umum (tempat yang terang dan orang ramai ada kesedaran) maka kekuatannya akan lemah dan hilang, maka pelindung fitnah ini perlu dibuang supaya ia terdedah dengan itu pembohongan akan dipersenda dan fitnah akan ditertawakan…sama seperti fitnah I.N.G.G.E.R.I.S. (yang akhirnya ditertawakan oleh umat Islam).

Kedua:Kuasa yang menentang kami ini bukanlah tiada pencabarnya, bahkan di hadapannya ada pencabar yang tidak mahu tunduk kepada sebarang perkongsian, kekuatan ketenteraannya menyusut 90% dari jumpa keseluruhan 100%.  Kekuatan ini tak mungkin akan berterusan sama seperti sebelumnya, kerana pemerintakan dictator yang menutup mulut rakyat dan membius dunia Islam kini bercampur antara racun dan penawar. 

Sebab Ketiga: Dalam hal ini nasib umat ini adalah antara dua iaitu mati dalam kemuliaan atau hidup dalam kehinaan. Mati pula ada dua keadaan; Pertama- mati kerana menyerah dan tunduk kepada kuasa asing, maka jika ini berlaku kita seolah membunuh roh , jiwa dan maruah kita dengan tangan sendiri. Maka musuh hanya menyempurnakan pembunuhan jasad kita. Kedua- Bahawa kita bangkit mempertahankan maruah dan berhadapan dengan musuh kita…kita meludah ke muka mereka..dengan itu suburlah jiwa dan maruah kita, meskipun jasad kita syahid..keluhuran jiwa kita dapat disucikan dari kekotoran, akidah Islam pula tidak lagi dipandang ringan oleh umat dan seterusnya Islam bebas dari dipersenda.

Kesimpulan

Menentang kamu adalah tuntutan kasih sayang dalam Islam, masakan Jibril akan dipersaudarakan dengan Azazil. Hanya orang bodoh yang percaya bahawa pencerobohan dan manfaatnya boleh berada setempat atau kemuliaan Islam disatukan dengan kepentingan kamu. Sesungguhnya jiwa yang tidak siuman sahaja yang rela hidup dibawah pengawasan kamu, kerana mereka meletakkan syarat untuk kehidupan mereka dengan syarat yang mustahil untuk dicapai.Mereka mensyaratkan: “Hiduplah dengan sentosa tetapi dengan syarat tiada seorang pun daripada kamu yang melakukan khianat…jika tidak, kami akan hapuskan sesiapa sahaja yang melakukan maksiat dan mereka yang tidak kena mengena sekali gus. Apakah mungkin sekeping hati boleh bergembira sedangkan ia ditusuk oleh kerambit kezaliman?..apakah terjamin tidak akan ada fitnah dan kerosakan dalam kampung , daerah dan masyarakat kita?...atau adakah boleh diterima seorang insan yang sedang sakit, terikat lalu tongkat ditangannya digunakan untuk memukulnya kembali dengan dipasang kuku dan taring besi.?.

Wahai Sekelian Muslimin…!!

Adakah selepas ini semua kalian masih mahu terpedaya dan tertipu?...apakah selepas kamu lihat dengan dekat betapa hodohnya wajah kekufuran, kamu masih mahu mengatakan ianya suatau yang bersih? Sedangkan syarak, akal dan kepentingan Syariat kita telah menolaknya bulat-bulat?...berlindunglah dengan Allah s.w.t….dari bisikan syaitan…kembalilah kita kepada Allah s.w.t dengan keadaan khusyuk, penuh kekesalan dengan kealpaan kita, mohonlah wasilah untuk memperoleh rahmat Allah s.w.t yang maha pengasih lagi penyayang.  

Terjemah: Dr Ibnor Azli, UKM

Other Articles