Risalah Ramadan , Iqtisad dan Syukur

      RM 10

RISALAH RAMADAN

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan alQuran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan yang benar dengan yang salah.” (al-Baqarah, 185) 

  Sesungguhnya bulan Ramadan mengandungi pelbagai hikmah, dan dalam risalah ini Ustaz Badiuzzaman Said Nursi mentafsirkan salah satu rahsia ayat di atas  serta  memberikan penjelasan sembilan hikmah daripada hikmah-hikmahnya yang banyak. Oleh kerana kesembilan-sembilan hikmah ini sangat benar, menarik dan teguh, sekiranya orang yang tidak beriman memahaminya mereka juga  akan pasti ghairah untuk mengerjakan ibadah puasa. Disebaliknya, orang-orang yang mengganggap dirinya sebagai muslimin dan muslimah yang tidak berpuasa, sepatutnya merasa malu dan bersalah.


       RISALAH IQTISAD         

   "dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau...” (al-A‘raf, 31) Ayat yang mulia ini memberikan satu pengajaran yang amat penting dan panduan yang bijaksana dalam bentuk perintah yang tegas, terutamanya agar manusia yang hidup pada masa kini beriqtisad  (berjimat cermat) serta memberikan larangan secara jelas daripada melakukan israf (membazir) dan tabzir (pembaziran). Risalah yang bernilai dan diberkati ini mengandungi tujuh noktah.


ORANG TAMAK SELALU KECEWA DAN RUNGI      

 Sesungguhnya tamak haloba adalah satu penyakit seperti permusuhan, bahkan ia lebih memberi kemudaratan dan kemusnahan kepada nilai-nilai keislaman. Benarlah, tamak haloba itu sendiri adalah penyebab kekecewaan, kerendahan dan kehinaan, serta penyakit yang memusnahkan.


AJAL DAN REZEKI YANG SUDAH DITETAPKAN

Semua perkara yang berlaku di alam semesta ini bukanlah kebetulan semata-mata. Bahagian ini memberikan beberapa contoh dan membuktikan dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan bahawa semua itu berlaku hasil aturan perlembagaan daripada yang empunya belas kasihan yang tinggi dan yang empunya hikmah kebijaksanaan Al-Mun’im al-Hakiki (Yang Maha Pemberi Nikmat yang Hakiki).
                           
MENGAPAKAH    USTAZ    BADIUZZAMAN MENJAUHKAN DIRI DARIPADA TAMADUN MASA KINI?  

"  dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas...” (al-A‘raf, 31) “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” (al-Najm, 39) Kedua-dua ayat di atas mengandungi seruan murni yang dilontarkan dengan lantang sekali.  Ustaz Badiuzzaman Said Nursi menjelaskan kesankesan keburukan dan kemudaratan tamadun kini yang diambil dari negara-negara Barat.

RISALAH SYUKUR

Dengan pengulangan yang berlaku di dalam al-Quran al-Mu`jiz al-Bayan, Allah s.w.t. menyeru manusia untuk bersyukur kepada-Nya. Dia juga turut menjelaskan bahawa tindakan tidak bersyukur itu sebenarnya adalah satu tindakan yang  mendustakan dan mengkufuri nikmat-nikmat-Nya. “...maka patutkah mereka tidak bersyukur?” (Yasin, 35)   “Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (al-Rahman) Berdasarkan ayat-ayat seumpama di atas, risalah ini mentafsirkan rahsia dalam kesyukuran, dalam bentuk peringatan dengan cara yang amat sesuai, jelas, dan rasional. Di samping itu ia membuktikan bahawa manusia merupakan sebuah gedung yang melakukan syukur. Dengan cara yang mutlak dan mudah difahami, ia meyakinkan para pembaca bahawa alam semesta ini merupakan khazanah nikmat, syukur adalah kuncinya, rezeki itu adalah natijahnya dan juga mukadimah kepada syukur. Tambahan pula, risalah ini menerangkan satu hakikat yang tinggi dan terang tentang kesyukuran mutlak yang merupakan rukun keempat yang diambil daripada empat asas; “Wahai saudaraku yang mulia, yang punyai kelemahan! Ketahuilah bahawa engkau seharusnya memiliki empat perkara (di hadapan Allah s.w.t.): kelemahan mutlak, kefakiran mutlak, kerinduan mutlak dan kesyukuran mutlak.”

Related Posts