Said Nursi

Said Nursi

RIWAYAT HIDUP RINGKAS BADIUZZAMAN SAID NURSI

    Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di sebuah kampung yang bernama Nurs, terletak di Timur Anatolia, Turki. Perkataan Nursi diambil bersempena dengan nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan awal tentang pelbagai bidang ilmu agama dan sains daripada beberapa orang ulama terkenal di sekitar daerahnya dan di beberapa daerah lain di Turki. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kepandaian dan kemahiran yang luar biasa dalam pelajarannya. Hal ini membuatkan beliau terkenal bukan sahaja dalam kalangan guru-guru dan rakan-rakannya bahkan juga dalam kalangan orang ramai. Dalam masa yang singkat, beliau mampu mendalami ilmu tafsir, hadith, iqh, mantiq, logik dan nahu. Beliau juga berjaya menghafal lebih kurang 90 jilid kitab. Sewaktu berusia 16 tahun, beliau telah mengalahkan beberapa orang ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke beberapa majlis perbahasan. Pada ketika itu amalan perbahasan merupakan suatu amalan biasa dalam kalangan para ulama. Mereka kemudian menggelarnya sebagai `Badiuzzaman` atau Keunggulan Zaman. Pengalaman beliau dalam pelbagai bidang pendidikan yang dilalui telah mengubah ikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan di mana ilmu sains dan ilmu mantik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Beliau berpendapat bahawa ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden, dan sebaliknya ilmu sains moden perlu diajar di sekolahsekolah agama. Pada pendapat beliau; “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi daripada kekufuran dan para pelajar di sekolah agama dilindungi daripada sikap ta’sub”.

Dalam usaha merealisasikan citacita beliau dan impiannya untuk mendirikan sebuah universiti di Anatolia Timur, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama beliau pergi ke Istanbul, beliau bertemu dengan Sultan Abdul Hamid dan pada kali kedua pula, beliau bertemu dengan Sultan Muhammad Resyad. Badiuzzaman telah dilantik sebagai wakil bagi Turki Timur untuk mengiringi Sultan Muhammad Resyad melawat beberapa daerah di wilayah Balkan. Ketika berada di Kosovo, sebuah tempat di mana sultan bercadang untuk membina sebuah universiti di situ, beliau telah berkata kepada sultan, “Kawasan Timur lebih memerlukan sebuah universiti kerana ia merupakan pusat dunia Islam.” Beliau telah berjaya meyakinkan Sultan Muhammad Resyad. Malangnya, pembinaan universiti tersebut tidak dapat disiapkan kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama beberapa tahun kemudian.

    Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Badiuzzaman telah dilantik sebagai komander pasukan sukarelawan di medan perang Kaukasia dan Anatolia Timur. Di medan perang inilah beliau telah menulis tafsirnya yang bertajuk “Isyaratul I’jaz” menggunakan bahasa Arab. Beberapa bahagian daripada tafsir ini ditulis ketika beliau menunggang kuda di barisan hadapan dan di dalam kubukubu perta pada ketika itu di mana kezaliman pihak berkuasa menyelubungi negara Turki dengan dahsyatnya. Azan telah diharamkan. Beratus-ratus masjid telah digunakan untuk tujuan bukan keagamaan. Perancangan telah dijalankan untuk memutuskan negara Turki daripada zaman silam nya yang terkenal dengan segala nilai-nilai akhlaknya yang mulia. Pada ketika itu, sesiapa yang ingin bercakap mengenai agama, mereka memerlukan keberanian yang tinggi. Dalam suasana beginilah Badiuzzaman Said Nursi memasuki bahagian kedua hidupnya yang digelarnya “Said Jadid” (Said Baru). Bahagian kedua dalam hidupnya ini ditumpukan sepenuhnya kepada penulisan dan penyebaran Risalah an-Nur mengenai iman dan Islam. Baginya kebenaran iman ialah kebenaran sejagat yang paling penting. Membangkitkan semula iman dan Islam menjadi matlamatnya apabila beliau berkata, “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”. Maka itulah yang diperjuangkannya. Ketika itu, penulisan atau penyebaran karya agama bukanlah sesuatu yang mudah yang mana sesiapa pun tidak berani melakukannya. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Badiuzzaman dan para pelajarnya.Mereka yang telah memahami inti pati iman melalui Risalah an-Nur dapat mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat.

     Badiuzzaman, yang mewakili roh perjuangan Risalah an-Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau telah menjadi contoh kepada orang-orang Islam di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka pada harihari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka telah berjaya menghilangkan ketakutan daripada hati orang ramai sehingga kini maruah negara telah dapat dikembalikan. Beliau terus menulis dan menyebarkan Risalah anNur. Oleh sebab beliau dan para pengikutnya tidak diberi kebebasan, mereka telah menubuhkan rangkaian pengirim Risalah an-Nur yang dinamakan “Posmen Nur” (Nurcu). Hasilnya, mereka telah berjaya menyebarkan sebanyak 600,000 naskhah Risalah an-Nur yang bertulisan tangan ke seluruh Anatolia. Risalah an-Nur mengandungi lebih daripada seratus tiga puluh risalah atau bahagian. Beliau juga telah berjaya menghasilkan karya-karya baru walaupun kertas dan pena tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam penjara. Oleh itu, beberapa karyanya ditulis di atas cebisan-cebisan kertas yang dikoyak daripada apa sahaja barangan yang ada.

    Karyanya kemudian diseludup keluar di dalam kotakkotak mancis. Sebahagian daripada karyanya yang berjudul “Meyve Risalesi (Buah-buah Iman)” telah ditulis dengan cara ini. Beliau telah diracuni sebanyak beberapa kali. Ketika beliau menderita kesakitan akibat diracuni, beberapa orang pelajarnya memberanikan diri untuk menolongnya tetapi telah ditangkap dan diseksa dengan kejam sekali. Beliau juga telah dibuang dari daerah ke daerah yang lain dan dipenjarakan hampir separuh daripada hayatnya. Akhirnya pada tahun 1956, Mahkamah Agung di Afyon telah mengisytiharkan beliau dan muridmuridnya tidak bersalah. Selepas hampir seabad berkhidmat untuk iman dan Islam, Badiuzzaman Said Nursi kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960. Beliau telah pergi dengan penuh kemuliaan dan kemenangan. Risalah an-Nur ialah koleksi karya yang memberi keutamaan kepada asas keimanan, berasaskan kebenaran Al-Quran dan Hadith kepada manusia yang hidup pada zaman ini. Metodologi yang digunakannya adalah dengan menganalisis keimanan dan kekufuran serta menunjukkan melalui hujahhujah yang rasional dan terang bahawa bukan sahaja keimanan boleh dibuktikan, kesemua kebenaran yang terkandung dalam keimanan seperti kewujudan Allah sw.t. dan keesaanNya, kerasulan dan kebangkitan manusia pada hari akhirat dalam bentuk jasad juga dapat dibuktikan dengan jelas.

    Dalam menjelaskan keadaan yang sebenarnya dari tujuan utama penciptaan manusia dan alam semesta ini, Risalah an-Nur menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperoleh dalam keimanan dan ilmu ketuhanan. Ia juga menunjukkan kekufuran, menyebabkan roh manusia dan hatinya mengalami kesakitan dan kesedihan yang amat sangat dan menyebabkan orang-orang yang sesat berusaha untuk menghilangkannya melalui cara yang melalaikan dengan menolak kenyataan. Akhirnya perkara yang perlu kita lakukan ialah menggembleng semua tenaga untuk membangunkan ajaran Islam melalui asas keimanan dan untuk menjawab persoalan-persoalan keimanan ini pada tahap yang diperlukan dengan jihad yang maknawi.

Related Posts