Hubungan Uthmaniyyah-Melayu

Bahadır Gürler


Hubungan Turki, yang berasal dari padang rumput di Asia Tengah dengan Asia Tenggara berdasarkan nilai-nilai yang sangat penting dan hubungan yang kukuh. Lokasi kedua-dua negara ini mempunyai beberapa ciri yang sama; kedua-duanya dikelilingi dengan tiga lautan dan separa pulau; namun iklim mereka jauh berbeza dan kedua-duanya terletak jauh di antara satu sama lain. Walau apapun faktornya kedua-dua negara ini mempunyai hubungan budaya, agama dan sejarah yang kuat. Uthmaniyah memainkan peranan yang penting di Kepulauan Melayu dalam menyebarkan agama Islam dan membantu bangsa Melayu mempertahankan diri mereka menentang penjajahan Eropah dan seterusnya pengaruh negatif (dalam erti kata anti-Islam).

Hubungan Melayu-Turki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat sejarah yang berbeza: permulaan abad ketiga belas, era pan-Islam Sultan Abdulhamid ll dan selepas Empayar Uthmaniyyah digantikan dengan Republik Turki. 

Peringkat pertama bermula dengan kedatangan orang Rumi. Selepas tempoh hebat Islamisasi di Asia Tenggara pada abad ketiga belas [1] Islam memperoleh kuasa politik yang kuat di beberapa bahagian di dunia Melayu. Dari segi mewujudkan agama Islam di sana, India merupakan sebuah negara yang berpengaruh. Ia diikuti oleh pemerintahan Moghul-Turki pada peringkat ini. Berikutan Pax Turcica ini, Islam Sunni tersebar di benua kecil India, terutamanya dalam hari-hari moden Pakistan dan Bangladesh, menuju ke dunia Melayu melalui para pedagang, tasawuf, sheikh, mursyid dan fakir. Laporan oleh ahli sejarah Perancis ada menunjukkan hubungan penting Turki ini dan peranannya dalam dunia Islam: “Sebilangan besar Turki Asia, yang dipanggil Rumi, sesetengahnya berjaya menjadi ketua di beberapa pelabuhan, seperti Meliques Az, yang mengambil keputusan untuk menetap di Diu, di mana beliau sejak awal sering memberikan masalah kepada Portugis. 

Hurgronie mengenalpasti bangsa Rumiini sebagai Uthmaniyyah Turki atas alasan bahawa Sultan Uthmaniyyah secara tradisinya dikenali sebagai “Raja Rum” di Asia Tenggara. [4] Ahli-ahli sejarah membuat spekulasi bahawa bangsa Turki ini mungkin telah menjadi masyarakat Empayar Selçuk (1040-1157).

Sultan Uthmaniyyah dengan serta-merta menghantar bantuan ketenteraan laut dan darat kepada orang Melayu ketika Portugis menyerang Melaka pada 1511. Selepas kejatuhan Melaka, pusat Islam di dunia Melayu beralih ke Aceh. Rakyat Uthmaniyyah terus melindungi dunia Melayu sehinggalah permulaan abad kedua puluh. [5] Kerajaan Aceh menawarkan penghargaan tahunan sebagai saguhati untuk perlindungan, tetapi Sultan Uthmaniyyah sering menolaknya. [6] Pada pertengahan 1850, perlindungan tradisi Turki ini disahkan semula dalam dua firman yang dikeluarkan oleh Sultan Abdulmejid dan kemerdekaan di rantau ini terpelihara daripada penembusan Eropah untuk selama lebih tiga ratus tahun bernula dari abad ke-16. Sultan Aceh menghantar Abd ar-Rahman ke Istanbul untuk mendapatkan bantuan Sultan apabila Belanda melakukan usaha terakhir untuk menakluk Aceh pada tahun 1868. Hasilnya, Mithat Pasha menggesa supaya armada Uthmaniyyah dihantar ke Sumatra. [7]

Pada peringkat kedua dasar pan-Islam Sultan Abdulhamid membuka hubungan baru di antara kedua-duanya, kerana ia adalah punca kebimbangan yang berterusan bagi kuasa-kuasa penjajah Belanda dan British di Asia Tenggara. Peningkatan penembusan Belanda ke dunia Melayu pada tahun 1890-an menyebabkan orang-orang Melayu mendapatkan bantuan dan sekurang-kurangnya bimbingan moral dari Istanbul. [8] Sultan Uthmaniyyah, yang dianggap sebagai “Bayangan Allah di dunia” [9] oleh orang Melayu dan Indonesia menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai Ketua Konsul di Batavia (1897-1899). Perlantikan rasmi ini membangkitkan semula hubungan di antara masyarakat Islam di Timur Tengah dan Asia Tenggara. 

Selain itu, salah satu peranan penting beliau di Batavia adalah untuk memupuk hubungan yang lebih rapat di antara media Asia Tenggara dan Timur Tengah, seperti penerbitan berbahasa Arab al-Malumat of Constantinople, Thamarat al-funun of Beirut dan beberapa akhbar Mesir – di mana kesemuanya mengadu tentang ketidakadilan dan penindasan lawatan ke atas umat Islam oleh Belanda. [10] Usaha-usaha ini membuahkan hasil, seperti yang dilihat dalam pemberontakan di Asia Tenggara. Semangat keagamaan mula meningkat di kalangan orang Islam yang benar-benar percaya bahawa orang Eropah cuba untuk melemahkan kepercayaan mereka.

Serangan Britain terhadap Empayar Uthmaniyyah, serta kezaliman penjajahan Belanda menggalakkan umat Islam untuk menyerang kuasa-kuasa jajahan itu sedaya upaya mereka tanpa mengira waktu dan tempat. [11] Salah satu elemen dasar Sultan Abdulhamid II terlihat dalam Dahagi Singapura 1915 apabila orang Islam India dan Melayu enggan mematuhi arahan British untuk dihantar ke Timur Tengah untuk melawan Turki. [12] Akibatnya seramai 530 orang ditahan kerana kaitannya dengan konflik tersebut, 47 orang dihukum bunuh, 64 diusir sepanjang hayat, 73 diusir dengan syarat yang lebih pendek, 12 orang dipenjara untuk syarat yang ketat dan 16 lagi dengan syarat yang lebih pendek. Hukuman mati dianggap sebagai kejam. Walau apapun, hukuman pemberontakan ini adalah satu ancaman yang serius kepada kerajaan kolonial British. [14]

Peringkat ketiga, yang bermula selepas khalifah dimansuhkan tidak memutuskan hubungan yang kuat di antara kedua-dua dunia. Tidak dapat dinafikan, tarikan utama hubungan ini adalah institusi khalifah yang diwakili oleh Sultan Uthmaniyyah di atas sifatnya sebagai simbol perpaduan Islam. Sehingga kini visi kuasa magnitud Uthmaniyyah dan kemuliaan Khalifah itu yang berkuasa terus wujud di kalangan Islam Melayu, India dan Indonesia. Jumlah orang Melayu yang ramai, termasuk pemimpin politik dan intelektual merujuk Uthmaniyyah sebagai inspirasi dan bersimpati dengan mereka ketika perang Turki-Rusia pada tahun 1877, Perang Dunia Pertama, Perang Kemerdekaan Negara Turki, peperangan Balkan dan banyak lagi peristiwa lain. [15]

Adapun dengan Sultan Johor yang lain, terdapat hubungan unik di antara Istanbul dan Johor. Ini jelas apabila hubungan baru telah bermula semasa pemerintahan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar. Ruqayyah Hanim, kerabat Sultan Uthmaniyyah diserahkan sebagai hadiah kehormat kepada Sultan. Baginda berkahwin dengan Ungku Abdul Majid selepas ketibaan mereka di Johor dan pasangan ini memiliki tiga orang anak lelaki, salah seorangnya adalah Ungku Abdul Hamid, bapa kepada Ungku Abdul Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Selepas kemangkatan suami baginda, Ruqayyah Hanim mengahwini Dato’ Jaafar dan memiliki tujuh orang anak. Salah seorang daripadanya ialah Dato’ Onn, pengasas UMNO. Anaknya, Tun Hussein menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Selepas suami keduanya meninggal dunia, Ruqayyah Hanim mengahwini Abdullah al-Attas, anak tunggal peniaga Arab Yaman yang terkenal, Ali al-Attas. Pasangan ini memiliki tiga cahaya mata lelaki, yang semuanya menjadi tokoh terkenal dalam bidang masing-masing: Hussein Alatas (d.2007) adalah seorang ahli sosiologi Melayu yang cemerlang dan ahli pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia; Naquib al-Attas (b.1931) adalah sufi, ulama dan ahli falsafah Islam yang terkenal, serta pengasas dan pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) dan akhirnya Perdana Menteri Malaysia ketika ini Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Razak (b.1953) juga dari susur galur yang sama. 

Kesimpulannya, hubungan Uthmaniyyah-Melayu bukanlah satu ikatan yang lemah; sebaliknya ia adalah hubungan yang sangat kuat berakar umbi di antara satu sama lain dalam bidang agama, kebudayaan dan juga hubungan kekeluargaan. Walaupun jarak memisahkan kedua-duanya, mereka bersatu dengan nilai-nilai Islam yang dikongsi bersama.

Prof. Madya Dr Saim KAYADIBI, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Other Articles