Keajaiban Tawafuq di dalam Al-Qur'an

Bahadır Gürler


Terdapat tawâfuq di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, jika penerbit atau penulis tidak memberi perhatian, atau tidak tepat dan tidak cukup berhati-hati, tawâfuq tidak boleh dikesan atau dikenal pasti.

Tanpa bantuan dan bimbingan Bediuzzaman Said Nursi keajaiban tawâfuq mungkin tidak dapat diketahui kerana usaha-usaha yang terdahulu tidak pernah menekankan perkara ini, oleh itu orang ramai tidak mungkin menyedarinya.

Tawâfuq adalah apabila dua perkara berlaku dengan cara yang tepat dan teratur tanpa niat. Tawâfuq dapat difahamkan apabila kita mengetahui bahawa tidak ada kemungkinan kebetulan atau peluang tersebut berlaku dalam sesuatu keadaan. Dan apabila kita memahaminya, kejadian tersebut semestinya telah ditakdirkan oleh Allah untuk tujuan yang penting.

Keajaiban tawâfuq di dalam Al-Quran dipaparkan dengan cetakan perkataan Allah (Lafzullah) yang disebut 2806 kali, adalah sejajar antara satu sama lain. Kesemua 604 muka surat al-Quran kecuali sebahagian kecil sahaja, mengandungi perkataan Allah yang sejajar yang menjadi bukti jelas.

Kesejajaran ini dapat diperhatikan pada setiap halaman muka surat yang mengandungi perkataan Allah adalah sejajar antara satu dengan lain apabila dua helai muka surat bertindih muka ke muka, di mana ianya sejajar dalam barisan  dari atas ke bawah atau secara langsung sejajar di bahagian hadapan dan belakang sesuatu muka surat. Tawâfuq juga boleh dilihat dengan perkataan lain seperti Rab (Tuhan), Al-Quran dan Rasul (Muhammad) dan juga dalam banyak bentuk-bentuk lain.

Keajaiban tawâfuq di dalam Al-Quran pertama kali didedahkan oleh Bediuzzaman Said Nursi satu abad yang lalu. Sekarang, dalam era falsafah materialistik dan tiada beragama, iaitu suatu masa di mana orang hanya percaya kepada apa-apa yang mereka boleh lihat, dan cuma akan mempercayai perkara dengan batasan penglihatan, keajaiban tawâfuq al-Quran yang menarik ini amatlah bermakna dan ianya benar-benar adalah suatu rahmat Allah.

Terdapat hikmah yang tidak boleh dinafikan dalam mukjizat tawâfuq yang telah ditemui hampir 1350 tahun selepas Al-Quran disusun. Sekiranya tawâfuq Qur `an telah dikesan sebelum ini, iaitu pada masa hayat Rasulullah Muhammad (S.A.W) dan sahabatnya, musuh-musuhnya pada ketika itu dan juga generasi kemudian mungkin telah menuduh baginda dan sahabatnya, dengan mengatakan bahawa mereka sengaja menyejajarkan perkataan-perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tawâfuq telah diketemui pada zaman orang berkata, "Saya hanya percaya apa yang saya boleh dilihat", adalah mencukupi untuk  memusnahkan penafian mereka itu.

Dalam hal ini Bediuzzaman pernah berkata "Segala puji adalah kepada Allah, bahawa Al-Quran telah tertulis dengan secara terbuka yang menggambarkan salah satu daripada enam mukjizat yang boleh dilihat oleh mata kasar. Ini adalah Al-Quran yang telah dituliskan oleh Hafiz Osman. Selain daripada beberapa keadaan yang jarang berlaku, nama Allah diulang-ulang 2806 kali dengan keajaiban tawâfuq. Setiap muka surat atau ayat tidak pernah dipinda. Kami cuma mengawal selia sahaja. Daripada peraturan itu tawâfuq yang mengagumkan telah tersebar. Beberapa figura "Ahl al Kalb" (orang-orang yang mendekati realiti dengan hati mereka) telah melihat al-Quran yang telah ditulis ini dan bersetuju ianya adalah hampir sama dengan al-Quran di Lauh al Mahfuz." (Rumuzat-i Samaniyya)

MalaysiaNur

Other Articles